Anwar ‘batu penghalang’ kepada PH luaskan gabungan, kata penganalisis

Anwar ‘batu penghalang’ kepada PH luaskan gabungan, kata penganalisis

Penganalisis politik tidak melihat gabungan itu akan berlaku selagi Presiden PKR Anwar Ibrahim kekal sebagai ketua pembangkang.

Ketokohan Anwar semakin pudar dan dia perlu berundur sebagai ketua pembangkang, kata penganalisis politik Oh Ei Sun.
PETALING JAYA:
Seorang penganalisis politik melihat Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai “batu penghalang” dalam usaha meluaskan lagi gabungan Pakatan Harapan (PH).

Mengulas cadangan PH untuk menjemput semua parti pembangkang untuk menyertainya, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura memberitahu FMT, beliau tidak melihat ia berlaku selagi Anwar kekal sebagai ketua pembangkang.

“Anwar perlu berundur kerana ketokohannya sebagai pemimpin semakin pudar,” katanya.

Oh mengulas kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah; Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh dan Timbalan Ketua Wanita PH Amanah Raj Munni Sabu yang mencadangkan agar gabungan itu menjemput semua parti pembangkang lain menyertai kerjasama berkenaan.

Oh Ei Sun.

Mereka berkata, seramai 105 Ahli Parlimen pembangkang menyokong Anwar ketika mencalonkannya sebagai perdana menteri dan PH perlu mengekalkan dan mengukuhkan sokongan daripada parti pembangkang yang belum bergabung dengan mereka.

“Berikutan itu, kami mencadangkan supaya PH segera menghantar jemputan rasmi kepada semua parti pembangkang, iaitu Warisan, Muda, Pejuang, Upko dan PSB untuk menyertai PH,” katanya.

Azmi Hassan.

Oh berkata, ia adalah idea yang baik untuk parti-parti pembangkang membentuk gabungan tetapi percaya agak sukar untuk memujuk beberapa parti menerima jemputan itu, khususnya Warisan dan Pejuang.

“Warisan tentunya lebih suka presidennya, Shafie Apdal mengemudi PH manakala Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad berkeras tidak mahu Anwar menjadi perdana menteri,” katanya.

Ahli akademik Azmi Hassan mempunyai pendapat yang hampir sama dengan berkata, beliau tidak percaya Warisan, Muda dan Pejuang mahukan Anwar sebagai calon perdana menteri.

Katanya, parti pembangkang lebih kecil juga mungkin menolak jemputan itu kerana tidak menyokong Anwar sebagai pemimpin PH.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.