
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat kes 262,255 aktif dengan 1,026 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 496 memerlukan bantuan pernafasan.
Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,555,093 manakala, kes sembuh pula sebanyak 18,200 dengan 1,278,670 jumlah kumulatif.
Sementara itu, sebanyak 232 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 14,168 kes.
Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 5,379 kes.
Ia diikuti Sabah (2,638), Kedah (1,948), Sarawak (1,772), Pulau Pinang (1,501), Johor (1,391), Kelantan (1,196), Kuala Lumpur (999), Perak (703), Pahang (598), Melaka (558), Terengganu (534), Negeri Sembilan (508), Perlis (54), Putrajaya (24) dan Labuan (empat).
Hisham berkata, kes kematian melibatkan 94 kes di Selangor, 64 di Johor, 16 di Sabah, 15 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 11 di Kedah.
Sembilan kes dilaporkan di Kelantan, lapan di Pulau Pinang, lima di Perak, masing-masing tiga di Melaka dan Negeri Sembilan, dua di Terengganu, serta masing-masing satu kes di Sarawak dan Pahang.
“Kes kematian itu membabitkan 201 warganegara dan 31 orang bukan warganegara,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata berdasarkan data terkini pada 21 Ogos, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.04.
Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis dan Sarawak (nilai RT 1.31) diikuti oleh Sabah (nilai RT 1.22) dan Pulau Pinang (nilai RT 1.16).
“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya dan Negeri Sembilan,” katanya.