
Mayat lelaki warga Bangladesh berusia 32 tahun itu berjaya dikeluarkan anggota bomba menggunakan kren, dalam kejadian berhampiran Flora Damansara itu.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.44 pagi sebelum anggota tiba di lokasi pada jam 12 tengah hari.
“Seramai lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara.
“Kami dimaklumkan terdapat seorang lelaki warga Bangladesh berusia 32 tahun dihempap tembok batu dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan.
Dalam kejadian lain, seorang lelaki berusia 20-an berjaya diselamatkan ketika cuba terjun dari sebuah jejambat Bukit Jelutong di Lebuhraya Guthrie Shah Alam, kira-kira jam 11.30 pagi.
Mangsa yang berjaya dipujuk anggota bomba kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.