Mesyuarat khas Raja-raja Melayu selesai

Mesyuarat khas Raja-raja Melayu selesai

Setakat ini tiada maklumat lanjut berhubung hasil dibincangkan dalam mesyuarat itu dan difahamkan Istana Negara akan mengeluarkan kenyataan rasmi pada bila-bila masa.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat pulang dari Istana Negara.
KUALA LUMPUR:
Majlis Raja-raja Melayu selesai mengadakan mesyuarat selepas hampir dua jam bagi membincangkan isu pelantikan perdana menteri baharu di Istana Negara.

Mesyuarat khas itu berakhir pada 4 petang dengan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dilihat paling awal berangkat pulang dari Istana.

Baginda berangkat pulang diiringi beberapa pegawai polis disusuli dengan sultan negeri lain.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut berhubung hasil perbincangan mesyuarat itu. Difahamkan Istana Negara akan mengeluarkan kenyataan rasmi pada bila-bila masa.

Terdahulu, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah adalah tetamu Diraja yang pertama dilihat memasuki Istana Negara pada 1.55 tengah hari tadi.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata, Agong menitahkan kepada pemimpin politik supaya bekerjasama menangani pandemik Covid-19 dan krisis ekonomi dan meninggalkan politik lama.

Sultan Abdullah kemudian menerima menghadap 114 Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada Isnin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.