Agong bertemu Raja-raja Melayu Jumaat ini bincang calon PM

Agong bertemu Raja-raja Melayu Jumaat ini bincang calon PM

Ahmad Fadil Shamsuddin berkata satu kenyataan akan dikeluarkan Istana Negara selepas jam 12 tengahari mengenai perkara berkenaan.

Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, satu kenyataan akan dikeluarkan Istana Negara selepas jam 12 tengahari, hari ini.
PETALING JAYA:
Satu pertemuan khas dijangka berlangsung membabitkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan Raja-raja Melayu Jumaat ini bagi membincangkan isu calon perdana menteri dan kerajaan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin dipetik berkata kepada Berita Harian bagi mengesahkan perkara berkenaan.

Katanya, satu kenyataan akan dikeluarkan oleh Istana Negara selepas jam 12 tengahari mengenai perkara berkenaan.

“Benar, hari ini (Istana Negara) akan keluarkan kenyataan selepas jam 12 tengah hari, Insya-Allah,” katanya.

Semalam, ketua dan pemimpin parti daripada Umno, Pakatan Harapan (PH), PAS dan Pejuang menghadap Yang di-Pertuan Agong selama kira-kira dua jam.

Ketua parti yang dilihat hadir ialah Presiden Umno, Zahid Hamidi; Presiden PKR, Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sesi menghadap Agong oleh ketua parti adalah berikutan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri selepas menerajui negara selama hanya 17 bulan.

Dalam kenyataan, Istana Negara mengumumkan Muhyiddin akan bertindak sebagai perdana menteri ‘caretaker’ sehingga perdana menteri baharu dilantik oleh Agong.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.