Peguam Negara, KPN di Istana Negara; Muhyiddin dijangka tiba tengah hari

Peguam Negara, KPN di Istana Negara; Muhyiddin dijangka tiba tengah hari

Peguam Negara Idrus Harun tiba di Istana Negara sebelum Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang dijangka tiba tengah hari.

Petugas media dilihat mula berkumpul di pintu Istana Negara bagi mengikuti perkembangan semasa politik negara hari ini.
KUALA LUMPUR:
Peguam Negara Idrus Harun dan Ketua Polis Negara, Acryl Sani tiba di Istana Negara pagi tadi, sebelum Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong pada tengah hari.

Muhyiddin dijangka menghadap Agong berkaitan kedudukannya selaku perdana menteri.

Pagi tadi, Muhyiddin bermesyuarat dengan anggota Jemaah Menteri dan pegawai tertinggi kerajaan di Perdana Putra.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.