MKT akan mesyuarat jika ketua parti dipanggil Agong

MKT akan mesyuarat jika ketua parti dipanggil Agong

Ia susulan peletakan jawatan perdana menteri dan Kabinet hari ini.

Khaled Nordin berkata, banyak perkara dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik Umno hari ini yang menjurus kepada gerak kerja parti. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Naib Presiden Umno, Khaled Nordin berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan mengadakan mesyuarat, jika ketua parti dipanggil untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong susulan peletakan jawatan perdana menteri dan Kabinet hari ini.

“Kita tunggu kalau Yang di-Pertuan Agong panggil ketua-ketua parti, kita akan bermesyuarat,” katanya ringkas selepas mesyuarat Biro Politik Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

Beliau berkata, banyak perkara dibincangkan dalam mesyuarat tadi yang menjurus kepada gerak kerja parti.

Terdahulu, Muhyiddin meletak jawatan perdana menteri hari ini, selepas menerajui negara kira-kira 17 bulan.

Beliau akan menjadi perdana menteri “caretaker” sehingga penggantinya dilantik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.