Desas-desus Muhyiddin letak jawatan, Ahli Parlimen Bersatu bermesyuarat

Desas-desus Muhyiddin letak jawatan, Ahli Parlimen Bersatu bermesyuarat

Beberapa pimpinan parti dan Ahli Parlimen mula berkumpul di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur.

Pemimpin Bersatu Ahmad Faizal Azumu (kiri) dan Mohd Rashid Hasnon tiba di mesyuarat di Publika pagi ini.
PETALING JAYA:
Pemimpin parti Bersatu dan mereka yang berpihak kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mula berkumpul di ibu pejabat Perikatan Nasional (PN) di Publika, pagi ini.

Setakat jam 9.15 pagi ini, pemimpin Bersatu yang dilihat hadir adalah Timbalan Presiden parti Ahmad Faizal Azumu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd Redzuan Md Yusof.

Ahli Parlimen Bebas Xavier Jayakumar turut hadir untuk pertemuan yang dijangka bermula sebentar lagi.

Mesyuarat itu diadakan ketika spekulasi mengenai peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semakin kuat.

Beliau dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.