2 kakitangan positif Covid-19, Khalid Samad kuarantin di rumah

2 kakitangan positif Covid-19, Khalid Samad kuarantin di rumah

Ujian kendiri Covid-19 RTK-Ag kedua dilakukan Ahli Parlimen Shah Alam itu semalam didapati positif, bagaimanapun keputusan PCR diterimanya hari ini negatif.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad memaklumkan hasil keputusan PCR diterimanya hari ini didapati negatif.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menjalani kuarantin kendiri di rumah sejak 4 Ogos lalu selepas dua kakitangannya positif Covid-19.

Khalid berkata, pada mulanya beliau membuat ujian kendiri Covid-19 RTK-Ag selepas mendapat tahu seorang kakitangannya positif sementara keputusannya negatif.

Pengarah Komunikasi Amanah itu berkata, beliau mengambil keputusan menjalani ujian kendiri Covid-19 kali kedua selepas mendapati seorang lagi kakitangan pejabat Parlimennya positif semalam.

“Bila seorang lagi kakitangan saya beritahu yang dia positif (Covid-19), saya buat ‘self-test’ lagi sekali semalam juga. ‘Self-test’ itu saya dapati positif. Tetapi oleh kerana ‘self-test’ itu tidak begitu tepat, itu yang saya pergi buat PCR,” katanya.

Khalid memaklumkan hasil keputusan PCR diterimanya hari ini didapati negatif.

“Saya kini dalam keadaan baik (tiada sebarang gejala) dan sedang kuarantin di rumah, keputusan PCR hari ini saya negatif pula.

“Saya akan terus kuarantin di rumah,” katanya kepada FMT.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.