Salur persembahan ulang tahun keputeraan kepada barisan hadapan, kata Permaisuri Johor

Salur persembahan ulang tahun keputeraan kepada barisan hadapan, kata Permaisuri Johor

Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah baginda amat terkesan dengan komitmen serta usaha petugas barisan hadapan.

Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah kepada semua pihak bahawa tidak perlu mengurniakan sebarang persembahan sempena ulang tahun kelahiran baginda ke-62. (Gambar Facebook)
BATU PAHAT:
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah kepada semua pihak bahawa tidak perlu mengurniakan sebarang persembahan sempena ulang tahun kelahiran baginda ke-62, Sabtu ini.

Sebaliknya, baginda bertitah adalah lebih bermakna jika mereka yang berniat demikian menyalurkan sumbangan bantuan kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras memerangi pandemik Covid-19 terutamanya kakitangan perubatan.

“Saya menerima dan mensyukuri semua yang ingin meraikan ulang tahun keputeraan saya, namun dalam keadaan luar biasa kini, saya amat terkesan dengan komitmen dan usaha petugas barisan hadapan kita.

“Oleh itu, saya akan anggapkan apa-apa bantuan kepada mereka (petugas barisan hadapan) sebagai hadiah ulang tahun keputeraan saya yang begitu istimewa,” titah Raja Zarith Sofiah dalam hantaran yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi baginda ‘The Royal Johor’.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.