20,780 kes Covid-19, 211 kematian

20,780 kes Covid-19, 211 kematian

Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,320,547.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan melaporkan jangkitan harian Covid-19 menunjukkan peningkatan kembali dengan 20,780 kes dengan 211 kematian direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 233,358 kes aktif dengan 1,053 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 546 memerlukan bantuan pernafasan.

Hisham berkata, jumlah jangkitan kini berjumlah 1,320,547 kes, manakala kes sembuh pula sebanyak 17,973 dengan 1,075,816 jumlah kumulatif.

Sementara itu, sebanyak 211 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 11,373 kes.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,921 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (2,065), Johor (1,693), Kedah (1,534), Sabah (1,514), Pulau Pinang (1,385), Kelantan (1,284), Negeri Sembilan (1,015), Perak (828), Melaka (636), Sarawak (634), Terengganu (613), Pahang (585), Putrajaya (41), Perlis (29) dan Labuan (tiga).

Daripada jumlah kes baharu itu, 15 ialah kes import dan baki 20,765 kes penularan tempatan membabitkan 17,383 warganegara serta 3,382 warga asing.

Hisham berkata, 79 kematian dicatatkan di Selangor, diikuti Kuala Lumpur (41), Kedah (21), Johor (16), Sabah (13), Negeri Sembilan (lapan), Terengganu (lapan), Pulau Pinang (tujuh), Perak (tujuh), Melaka (enam) serta Pahang (lima).

Katanya, kematian itu membabitkan 184 warganegara dan 27 warga asing, dengan semua kecuali 46 orang mempunyai sejarah penyakit lain, manakala 16 orang hanya dikesan positif Covid-19 selepas mayat mereka dibawa ke hospital.

Beliau dalam kenyataan berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 1.07 setakat semalam.

Perlis mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.37, disusuli Kelantan (1.21), Sabah (1.16), Perak (1.15), Sarawak (1.14), Terengganu (1.14), Kedah (1.13), Pulau Pinang (1.12), Pahang (1.10), Johor (1.09), Negeri Sembilan (1.06), Kuala Lumpur (1.04), Selangor (1.02), Melaka (1.01) dan Putrajaya (0.98).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.