Wanita warga Singapura positif Covid-19 ditemui mati di rumah

Wanita warga Singapura positif Covid-19 ditemui mati di rumah

Bomba berkata mangsa yang juga warga emas berusia 80 tahun itu meninggal dunia dan disahkan positif Covid-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Pasukan bomba berkata mayat warga emas itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
PETALING JAYA:
Pasukan bomba menemui mayat seorang wanita warganegara Singapura disahkan positif Covid-19 di sebuah rumah di Lorong Serkam, Jalan Bakri di Muar, Johor semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Noralfatah Omar berkata, satu panggilan diterima berhubung kejadian diterima pada 10.46 pagi dan pihaknya terus bergegas ke lokasi yang dimaklumkan.

“Setibanya di lokasi, terdapat seorang wanita, Tan Ah Csee, 80, terperangkap dalam rumah dan anggota bertugas membuka pintu yang terkunci dengan menggunakan peralatan khas. Kami ambil masa lima minit untuk membukanya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, mangsa didapati meninggal dunia dan disahkan positif Covid-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Noralfatah berkata, jiran mangsa mula menyedari kejadian itu apabila panggilan kepada mangsa tidak berbalas, tetapi tidak berani untuk memasuki rumah kerana mangsa positif Covid-19.

Tambah beliau, mayat warga emas itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.