PKPD di 9 lokaliti di Sabah, Pahang

PKPD di 9 lokaliti di Sabah, Pahang

PKPD itu berkuat kuasa mulai 9 hingga 22 Ogos ini.

PKPD akan dilaksanakan di lima lokaliti di Sabah dan empat di Pahang. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di sembilan lokaliti di Sabah dan Pahang mulai 9 hingga 22 Ogos ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Hishammuddin Hussein berkata, ia membabitkan lima lokaliti di Sabah dan empat di Pahang.

Pelaksanaan PKPD bermula 9 hingga 22 Ogos seperti berikut:

Sabah

  • Taman Semarak Indah, Taman Semarak Jaya, Flat Sri Semarak dan Taman Sejati di Tawau
  • Kampung Koidupan dan Kampung Guunsing-Novunsu di Penampang
  • Kampung Marau di Sipitang
  • Kampung Baru Kimanis di Papar
  • Kampung Tanjong Kapor di Kudat

Pahang

  • Felda Jengka 18 dan Kampung Paya Besar Kertau di Maran
  • Kampung Orang Asli Sungai Bot, Karak di Bentong
  • Felda Sungai Panching Selatan di Kuantan
  • Jalan Feri Lama, Teluk Gading di Rompin

Penamatan PKPD pada 8 Ogos

Perak

  • Medan Klebang Restu, Mukim Chemor di Kinta

Pahang

  • Blok 5, Felda Keratong 7, Muadzam Shah di Rompin

Kedah

  • Asrama Pekerja dan Tapak Bina Hospital Pendang di Pendang

Sabah

  • Kampung Lajau dan Kampung Kota Klias di Beaufort
  • Kampung Tungkang di Kudat
  • Perumahan Ladang Kim Loong di Beluran
  • Kampung Telisai, Tungku di Lahad Datu
  • Taman Jaya Diri di Kota Kinabalu
  • Kampung Pituru Kinarut di Papar

Sementara itu, Hishammuddin berkata, 282 orang ditahan kerana mengingkari SOP semalam, dengan 261 daripadanya dikompaun dan 21 lagi direman.

Katanya, tiada pendatang asing tanpa izin ditahan dan tiga kenderaan darat dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.