Terima kasih terus sokong PM, kata Pemuda Bersatu

Terima kasih terus sokong PM, kata Pemuda Bersatu

Pemuda Bersatu berterima kasih kepada Ahli parlimen daripada PN, BN, GPS dan empat wakil rakyat bebas kerana masih menyokong Perdana Menteri.

Pemuda Bersatu menyatakan komitmen untuk menyokong keputusan yang ditetapkan Kabinet termasuk pendirian kerajaan membatalkan Ordinan Darurat.
PETALING JAYA:
Pemuda Bersatu berterima kasih kepada Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan empat wakil rakyat bebas kerana menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Menerusi kenyataan, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyatakan pendirian untuk terus teguh bersama Perdana Menteri.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk menyokong keputusan yang telah ditetapkan oleh Kabinet termasuk pendirian kerajaan membatalkan Ordinan-ordinan Darurat.

“Kami yakin dengan sokongan lebih 110 Ahli Parlimen kepada kerajaan hari ini menjamin kestabilan dalam usaha memerangi pandemik Covid-19, menyelesaikan masalah ekonomi negara dan menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) serta pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara,” katanya.

Dalam pada itu, Pemuda Bersatu turut menjunjung kasih titah pandangan dan keprihatinan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong pada 29 Julai lalu.

“Kami sentiasa mengambil pendirian yang tegas dalam mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan dan sentiasa mendukung keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.