4 hari berturut-turut vaksinasi melebihi 500,000 dos, kata Adham

4 hari berturut-turut vaksinasi melebihi 500,000 dos, kata Adham

Menteri Kesihatan berkata, jumlah pemberian vaksin itu adalah yang tertinggi sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dimulakan.

Dr Adham Baba berkata, sebanyak 343,530 dos pertama dan 212,874 lagi dos kedua diberikan semalam.
PETALING JAYA:
Angka vaksinasi harian Covid-19 sekali lagi merekodkan lebih 500,000 dos buat empat hari berturut-turut membabitkan 556,404 dos suntikan diberikan semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik di Twitter, Adham berkata, jumlah pemberian vaksin itu adalah yang tertinggi sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan pada 24 Feb lepas.

Katanya, daripada jumlah yang diberikan semalam, sebanyak 343,530 adalah dos pertama manakala 212,874 lagi dos kedua.

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) melalui laman Twitter memaklumkan secara kumulatif sebanyak 19,502,452 dos sudah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam.

Jumlah itu meliputi 13,184,724 penerima dos pertama dan 6,317,710 dos kedua.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.