Olimpik Tokyo: Pasangan beregu badminton, Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir

Olimpik Tokyo: Pasangan beregu badminton, Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir

Pasangan utama negara itu berjaya menewaskan gandingan nombor satu dunia Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon dari Indonesia.

(Gambar AP)
TOKYO:
Pasangan regu lelaki badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya melangkah mara ke peringkat separuh akhir dengan penuh bergaya apabila mereka mengejutkan pilihan pertama dari Indonesia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon di Olimpik Tokyo, hari ini.

Aaron-Wooi Yik, pilihan kesembilan temasya sukan, dilihat jelas bekerja keras menyerang pasangan Indonesia itu untuk menewaskan mereka dengan straight sets, 21-14, 21-17, dalam masa hanya 33 minit di gelanggang Musashino Forest Sport Plaza.

Apa yang lebih menarik adalah kenyataan bahawa ini merupakan kemenangan pertama Aaron-Wooi Yi keatas pasangan Indonesia itu selepas lapan perlawanan sebelum ini, sejak pertembungan pertama mereka dalam Terbuka Malaysia 2018.

Terdahulu, pasangan utama negara itu mengesahkan tiket ke suku akhir selaku Naib Juara Kumpulan D selepas menewaskan beregu Kanada, Jason Ho-Shue/Nyl Yakura 21-15, 21-13, pada Selasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.