Perkosa budak di rumah kebajikan, lelaki ditahan polis

Perkosa budak di rumah kebajikan, lelaki ditahan polis

Suspek berusia 40-an itu ditahan susulan laporan dibuat penjaga rumah kebajikan berkenaan.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Mohd Padzli Mohd Zain, berkata suspek direman tujuh hari bermula sehingga 1 Ogos ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan berhubung kejadian rogol membabitkan kanak-kanak perempuan 11 tahun yang menghuni sebuah rumah kebajikan di Johor Bahru.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS) Mohd Padzli Mohd Zain, berkata suspek berusia 40 tahun yang ditahan semalam, kini direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 1 Ogos ini.

Katanya, penahanan itu susulan laporan yang dibuat oleh penjaga rumah kebajikan terbabit.

“Kita menerima laporan daripada penjaga rumah kebajikan di Johor Bahru apabila terdapat kanak-kanak yang berusia 11 tahun telah dirogol.

“Suspek kemudiannya ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 1 Ogos bagi membantu siasatan kes dilakukan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Katanya, siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.