Kilang beras terkenal ‘kantoi’ tipu timbangan

Kilang beras terkenal ‘kantoi’ tipu timbangan

Pegawai KPDNHEP mendapati kilang itu menipu pelanggan dengan mengurangkan timbangan sebanyak 40g bagi 5kg beras keluarannya.

Pegawai KPDNHEP menimbang kampit beras ketika pemeriksaan di kilang itu.
ALOR SETAR:
Sebuah kilang beras popular di Jitra didapati mengurangkan 40g daripada setiap pek 5kg keluarannya, ketika pemeriksaan mengejut oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) baru-baru ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Cawangan Kubang Pasu, Muniandy Kanan, berkata kilang itu beroperasi sejak berdekad lalu dan memiliki peralatan menimbang terkini.

“Setiap kampit beras seberat 5kg yang ditimbang oleh pegawai penguatkuasa KPDNHEP mendapati beratnya hanya 4.94kg,” katanya ketika dihubungi.

Muniandy berkata, kilang itu membungkus sekurang-kurangnya 2,000 kampit beras sehari bersaiz 5kg dengan harga RM12, selain pek 10kg dan 30kg.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati alat penimbang tidak diusik namun hasil timbangan jelas kurang daripada sepatutnya.

Katanya, syarikat itu disiasat bawah Seksyen 10 Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana representasi palsu mengenai kuantiti berat yang tidak tepat, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 jika sabit kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.