34 kluster Covid-19, 18 babit tempat kerja

34 kluster Covid-19, 18 babit tempat kerja

Baki 15 kluster membabitkan komuniti dan satu kumpulan berisiko tinggi.

Terdapat 992 kluster aktif di seluruh negara.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan 34 kluster baharu Covid-19, dengan 18 daripadanya membabitkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, baki 15 kluster membabitkan komuniti dan satu kumpulan berisiko tinggi.

Katanya, kluster itu dikesan di Johor, Sabah, Kelantan, Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Perincian kluster seperti berikut:

  • Kluster Tapak Bina Jalan Meranti (Bentong) dengan 121 kes.
  • Kluster Padang Kubu (Kemaman) dengan 103 kes.
  • Kluster Tapak Bina Kampung Sedeng (Segamat) dengan 96 kes.
  • Kluster Lengkok Rishah Dua (Kinta) dengan 62 kes.
  • Kluster Bagan Sabak (Sabak Bernam) dengan 59 kes.
  • Kluster Industri Jalan Bebas Lapan (Petaling dan Klang) dengan 48 kes.
  • Kluster Gipan Kolombong (Kota Kinabalu dan Tuaran) dengan 40 kes.
  • Kluster Industri Mahkota Satu (Hulu Langat) dengan 40 kes.
  • Kluster Persiaran Desa Tebrau (Johor Bahru) dengan 37 kes.
  • Kluster Tapak Bina Kluang Perdana (Kluang) dengan 33 kes.
  • Kluster Industri Taman Gunung Mas (Tampin) dengan 31 kes.
  • Kluster Tinabau (Kinabatangan) dengan 26 kes.
  • Kluster Jalan Besar Sabak Bernam (Sabak Bernam) dengan 20 kes.
  • Kluster Jalan Gambir Lima (Tangkak) dengan 16 kes.
  • Kluster Dah Kedundung Industri Alor Setar (Kota Setar, Padang Terap dan Pendang) dengan 15 kes.
  • Kluster Dah Pinang Industri Alor Setar (Kota Setar) dengan 12 kes.
  • Kluster PLO Jalan Timah (Johor Bahru) dengan 11 kes.
  • Kluster PLO Jalan Tengar (Johor Bahru) dengan lapan kes.
  • Kluster Taman Hock Ann (Lembah Pantai) dengan 185 kes.
  • Kluster Dah Bukit (Langkawi) dengan 139 kes.
  • Kluster Jalan Tungku (Lahad Datu) dengan 35 kes.
  • Kluster Batu Enam Penjom (Lipis) dengan 25 kes.
  • Kluster Kampung Kemahang Labok (Machang dan Kota Bharu) dengan 18 kes.
  • Kluster Alor Bakong (Hilir Perak) dengan 18 kes.
  • Kluster Kampung Budi Tawang (Bachok) dengan 17 kes.
  • Kluster Padang Tembak Intan (Hilir Perak) dengan 15 kes.
  • Kluster Tok Khalifah (Sabak Bernam) dengan 14 kes.
  • Kluster Kampung Bukit Tok Ali (Jeli) dengan 14 kes.
  • Kluster B5 Keratong Tujuh (Rompin) dengan 12 kes.
  • Kluster Kampung Tok Sadang (Kota Bharu) dengan 11 kes.
  • Kluster Jalan Damai Kampung Cherang (Kota Bharu) dengan 11 kes.
  • Kluster Kampung Sogo-sogo (Tongod) dengan sembilan kes.
  • Kluster Gerbang Kauran (Keningau) dengan sembilan kes.
  • Kluster Simpang Tiga Ranau (Ranau) dengan 14 kes.

Hisham berkata, sebanyak 3,452 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 992 daripadanya kluster aktif dan 2,460 lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.