
Setiausaha Agungnya, Kamarul Baharin Mansor berkata, kesatuan pekerja-pekerja dalam perkhidmatan penyelenggaraan dan pengurusan sisa melaporkan majoriti ahli yang bekerja dalam sektor pembersihan masih lagi menunggu untuk divaksin.
“Kerajaan telah ketegorikan pekerja pembersihan awam sebagai perkhidmatan perlu semasa tenaga dan kudrat mereka diperlukan.
“Mereka bekerja semasa PKP 1.0 sehingga PKP 3.0. Akan tetapi apabila keutamaan pemberian vaksin dan elaun diberikan kepada barisan hadapan, pekerja pembersihan di keluarkan dalam senarai tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, Kamarul berkata perbezaan tafsiran itu telah menyebabkan pekerja pembersihan menjadi sektor pekerjaan kelas kedua dan kelihatan tidak diiktiraf oleh kerajaan.
MTUC turut mempersoalkan adakah sumbangan dan taraf pendidikan pekerja pembersihan yang menjadi aspek kepada kerajaan dalam menentukan kategori barisan hadapan.
“MTUC juga dimaklumkan juga pekerja pembersihan di sekolah masih lagi tidak divaksin. Jika perancangan persekolahan pada 1 Sept ini dilaksanakan, adakah pekerja pembersihan ini akan menjadi punca kepada penularan Covid-19 di sekolah,” soalnya.