
Mangsa yang berusia setahun lima bulan, Muhammad Danial Iqwan disahkan meninggal dunia kira-kira empat jam selepas kejadian jam 9 malam di Kampung Seberang Batu Hampar, Solok Jelawai Hilir itu.
Dia meninggal dunia di Hospital Rembau pada jam 1 pagi ketika sedang diberi rawatan susulan.
Ketua Polis Daerah Rembau Hazri Mohamad berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila ular terbabit masuk menerusi lubang pada bilik utama tempat mangsa bermain.
Katanya, mangsa yang juga anak bongsu itu tinggal bersama ibu, nenek serta abangnya.
“Kejadian berlaku ketika mangsa bermain dengan abangnya berusia tiga tahun di bilik utama. Ibunya juga turut berada dalam bilik berkenaan.
“Secara tiba-tiba ibunya terdengar jeritan anak bongsu sebelum terlihat seekor ular masuk menerusi lubang pada bilik. Dia kemudiannya ternampak kesan patukan ular pada tapak tangan kiri mangsa sebelum membawanya ke hospital,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Hazri berkata ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian itu pagi tadi.