
Menerusi catatan di Twitter, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memaklumkan daripada jumlah pemberian vaksin harian itu, sebanyak 335,977 adalah dos pertama manakala 171,073 adalah dos kedua.
Selangor kekal mencatatkan pemberian dos harian tertinggi dengan 95,278 bagi dos pertama dan doa kedua sebanyak 35,944.
Sementara itu, sebanyak 21.8% atau 5.1 juta populasi dewasa di seluruh negara lengkap menerima dua dos dengan Labuan menjadi wilayah pertama mencatatkan jumlah kumulatif lengkap dua dos tertinggi, iaitu 70.7% atau 48,440.
Jumlah pemberian vaksin Covid-19 harian tertinggi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Feb sebelum ini adalah pada Jumaat lepas sebanyak 460,158 dos suntikan.