
Beliau berkata Nadma setakat ini telah menerima kira-kira 1,500 permohonan daripada rakyat Malaysia untuk bantuan khas berkenaan.
“Bantuan ini untuk mengurangkan bebanan mereka kerana mungkin yang meninggal adalah ketua keluarga. Sekurang-kurangnya kita boleh bagi bantuan segera,” katanya kepada media selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Seroja, di sini hari ini.
Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 adalah bantuan sekali bayar RM5,000 yang diberikan kepada waris individu yang meninggal dunia akibat Covid-19.
Mohd Redzuan berkata sebanyak 300 permohonan masih dalam proses kelulusan oleh Nadma.
“Proses (kelulusan) tu sentiasa berjalan, kadang-kadang maklumat dan verifikasi (untuk sesuatu permohonan) belum diterima,” katanya.