
KUALA LUMPUR: Hospital Sungai Buloh menjelaskan Jabatan Forensik hospital itu hanya terlibat dalam mengendalikan urusan pengambilan jenazah dari wad sehingga ke tempat penyimpanan dan pengurusan jenazah Covid-19 serta bukan Covid-19 sahaja.
Pengarah Hospital Sungai Buloh Dr Kuldip Kaur dalam kenyataan berkata, pihak Jabatan Forensik sama sekali tidak terlibat dalam mengenakan caj kepada waris si mati.
“Semua waris perlulah berurusan sendiri dengan syarikat yang dipilih oleh waris bagi pengurusan pengebumian pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan dalam satu mesej suara melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini mengenai caj pengurusan jenazah pesakit Covid-19 yang mencecah hingga RM9,000.