Ismail PM ‘de facto’ Umno, kata Kadir

Ismail PM ‘de facto’ Umno, kata Kadir

Situasi itu tampak jelas apabila Najib Razak membuat kunjungan hormat kepada Ismail Sabri, yang merupakan anak buahnya ketika bersama dalam kerajaan Barisan Nasional bagi membincangkan hala tuju dan dasar negara.

Ismail Sabri Yaakob dalam pertemuan bersama Najib Razak di pejabatnya semalam. (Gambar Facebook Armand Azha Abu Hanifah)
PETALING JAYA:
Wartawan veteran Kadir Jasin mendakwa ‘kumpulan lama’ Umno kini kembali menguasai kerajaan dengan Ismail Sabri Yaakob dianggap sebagai perdana menteri ‘de facto’ parti itu.

Beliau berkata, situasi itu tampak jelas apabila Najib Razak membuat kunjungan hormat kepada Timbalan Perdana Menteri, yang merupakan anak buahnya ketika bersama dalam kerajaan Barisan Nasional bagi membincangkan hala tuju dan dasar negara.

“Najib membuat kunjungan hormat kepada anak buahnya yang sama-sama orang Pahang, Ismail Sabri Yaakob, yang kini Timbalan Perdana Menteri ‘mengesahkan’ segala-galanya,” katanya di Facebook.

Kadir berkata, Najib yang pernah menjadi ‘bos’ dan mentor Ismail seolah-olah meletakkan Ahli Parlimen Bera itu sebagai perdana menteri apabila berjumpa beliau bagi membincangkan isu berkaitan hala tuju dan dasar negara.

Malah beliau berkata, “Langkah Sheraton” yang diketuai Muhyiddin Yassin, Hamzah Zainudin, Azmin Ali menemui jalan “mati” apabila hanya menjadi boneka oleh “kluster mahkamah” Umno ketika ini.

“Secara ‘de facto’, ‘Umno is back in power’ dan jalan ke (penjara) Sungai Buloh mungkin nampak semakin pudar dan harapan lepas bebas semakin cerah bagi anggota ‘kluster mahkamah’ Umno.

“Sebab itulah saya berulang kali kata, jangan hairan kalau Mahiaddin (Muhyiddin) akan melangkah kembali kepada Umno demi kelangsungan kerjaya politiknya,” katanya sambil mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih selamat sehingga hari ini atas ihsan “konspirasi” Umno.

Kadir berkata, pertunjukan kuasa oleh Umno bermula dengan siri kunjungan hormat kepada Ismail oleh Ketua Pemudanya, Asyraf Wajdi Dusuki, pada 9 Julai lalu.

“Simbolisme kunjungan Asyraf itu seterang matahari, iaitu Umno mengiktiraf Ismail Sabri sebagai ketua kerajaan ‘de facto’ apabila dia menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri Umno itu sebuah memorandum berjudul “Tuntutan Rakyat”.

“Simbolisme yang amat ‘powerful’. Dia tidak menyerahkan tuntutan itu kepada Mahiaddin walaupun Mahiaddin adalah Perdana Menteri,” jelasnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.