Hospital Ampang siasat dakwaan barang peribadi pesakit hilang

Hospital Ampang siasat dakwaan barang peribadi pesakit hilang

Pengarah Hospital Ampang, Dr Kasuadi Hussin berkata sebarang perkembangan lanjut mengenai siasatan akan dimaklumkan secepat mungkin.

Terdahulu tular di media sosial sejak semalam berhubung dakwaan kehilangan barang peribadi pesakit di wad Hospital Ampang. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Hospital Ampang sedang menyiasat dakwaan barang peribadi pesakit yang dikatakan hilang semasa menerima rawatan.

Pengarah Hospital Ampang, Dr Kasuadi Hussin berkata, pihaknya mengambil berat tentang dakwaan itu dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan secepat mungkin.

“Hospital Ampang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Segala kesulitan yang timbul berhubung perkara ini amatlah dikesali,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam berhubung dakwaan kehilangan barang peribadi pesakit di wad hospital terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.