
Daripada Twitter, sepanduk, lukisan grafiti serta kenyataan oleh parti politik, #KerajaanGagal kekal menjadi sebutan sejak beberapa bulan lalu.
Ia diikuti dengan pengumuman perintah kawalan pergerakan (PKP), rekod jangkitan dan kematian baharu, orang ramai menyertai beberapa acara, berita kepayahan rakyat Malaysia, laporan kes bunuh diri serta beberapa insiden membabitkan penguatkuasaan yang secara berlebihan.
Isu itu mendorong kaji selidik dilakukan di media sosial bagi mendapatkan reaksi orang ramai sama ada kerajaan sedia ini dianggap gagal.
Minggu ini, kaji selidik oleh bekas perdana menteri Najib Razak mendapat reaksi daripada 350,000 orang pengguna media sosial.
Sebanyak 78% (273,000) bersetuju bahawa kerajaan telah gagal manakala 22% (77,000) pula tidak bersetuju.
Beberapa pemimpin kerajaan seperti Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas khas) Redzuan Yusof mempertikaikan dakwaan itu dan berpandangan walaupun terdapat beberapa cabaran tetapi kerajaan bukanlah gagal.
Tidak kira apa pun yang dirasai rakyat terhadap kerajaan, seorang penganalisis berkata Kerajaan Gagal tidak akan menjadi masalah.
“Ini adalah kerajaan yang nampaknya tidak berasa malu, tanpa mengira apa perasaan rakyat dan berapa banyak tekanan dihadapi, ia nampak seperti tidak akan melepaskan kuasa. Kita tidak mungkin melihat sesiapa meletakkan jawatan seperti di negara lain,” kata Oh Ei Sun seorang felo Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.
“Mengenai kesan ketika pilihan raya, kita tidak bilanya masa itu akan tiba. Dengan bilangan kes Covid-19 yang tinggi, tidak mungkin pilihan raya diadakan.”
Oh berkata walaupun tanpa kerajaan gagal, Perikatan Nasional tidak mempunyai peluang untuk menang.
Katanya, fenomena sama tidak akan berulang kembali apabila Bersatu menerusi gabungannya yang memenangi kerusi pada PRU14, hasil sokongan daripada penyokong Pakatan Harapan.
Selain itu, pilihanraya selepas ini akan memperlihatkan Bersatu bersama Umno yang mempunyai sokongan kuat dan momentum dari akar yang tidak dilihat dalam pilihan raya lalu.
“Kerajaan gagal adalah satu sorakan pertempuran yang mudah berdasarkan fakta dan sementara orang ramai menerimanya, ia tidak akan memberikan kelebihan kepada pembangkang kerana PN pun tidak mempunyai sokongan yang kuat,” katanya.
Oh berkata keputusan pilihanraya Sabah tahun lalu tidak boleh digunakan sebagai pengukur tahap sokongan terhadap PN memandangkan sifat politik di Sabah lebih menjurus kepada personaliti calon dan bukannya parti.
Dia berkata PN “tidak akan rugi apa-apa” terhadap Kerajaan Gagal tetapi PAS dan Umno dilihat lebih berisiko untuk kehilangan tempat daripada kerajaan sedia ada.
“Terdapat banyak kemarahan khususnya di kalangan orang Melayu mengenai cara pengurusan Covid-19 dan ekonomi memandangkan ramai yang bergelut. Ini ditunjukkan menerusi kempen bendera putih,” katanya.
“Jadi, bagi PAS dan Umno yang terus bergandingan dengan kerajaan dilihat lebih memberi kesan buruk berbanding kesan baik,” katanya.