PKPD di sebahagian Kemaman, Dungun, Lipis dan Sabah

PKPD di sebahagian Kemaman, Dungun, Lipis dan Sabah

PKPD itu akan berkuat kuasa mulai Rabu ini hingga 3 Ogos.

PETALING JAYA:
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di Terengganu, Pahang dan Sabah mulai hari kedua Aidiladha sehingga 3 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan lokaliti di Kemaman dan Dungun di Terengganu; Sipitang, Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu di Sabah serta Raub dan Lipis di Pahang.

Terengganu – Bandar Cheneh Baru dan Felda Neram 2 di Kemaman serta 10 lokaliti di Mukim Kuala Dungun, iaitu Kg Sungai Buaya, Kg Tanah Lot, Kg Lembah, Kg Padang Jambu, Kg Nibong, Kg Bukit Chatak Tengah, Kg Molek, Kg Bijangga, Kg Sungai Udang dan Kg Sungai Penaga.

Pahang – Kg Bedu, Kg Temalian dan Kg Pamah Kulat di Raub serta Kampung Kabang dan Kampung Sat di Lipis.

Sabah – Kampung Marau dan Kampung Kebawang di Sipitang; Kampung Pituru Kinarut di Papar; Kampung Meruntum di Putatan; Beverly Hills Fasa 2 dan Cybercity Fasa 2 di Penampang serta Jalan Kampung Likas Simpang 3, Api-Api Centre Kota Kinabalu, Taman Ujana Kingfisher dan Kampung Salut di Kota Kinabalu.

Ismail berkata, PKPD di Penjara Sungai Udang (kecuali Kuarters Penjara) di Melaka Tengah dilanjutkan sehingga 3 Ogos.

Katanya, PKPD di beberapa lokaliti di Kelantan, Johor Sabah dan Sarawak akan ditamatkan esok.

Kelantan – Kampung Bagus di Rantau Panjang.

Sarawak – Kampung Mambong di Kuching.

Sabah – Kampung Baru Batu 2 Jalan Apas di Tawau; Kampung Ejuk di Kota Belud serta Kampung Warisan di Kota Kinabalu.

Johor – Kawasan Perindustrian Indahpura dan tujuh lokaliti di Kawasan Perindustrian Senai di Kulai, iaitu Kawasan Industri Senai Fasa 1, 2, 3 dan 4, Taman Perindustrian Senai, Taman Perindustrian Murni Senai serta Senai Airport City.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, 541 orang ditahan atas kesalahan mengingkari SOP semalam, dengan 492 daripadanya dikompaun, 20 direman dan 29 lagi dijamin.

Katanya, 11 pendatang asing tanpa izin ditahan dan tujuh kenderaan dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.