
Ini hasil penyamaran 15 anggota Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya dalam Ops Samar yang dijalankan selepas menerima aduan pengguna semalam.
Menurut Pengarahnya, Azman Adam, orang ramai mengadu segelintir peniaga hanya mempamerkan tanda harga ketika anggota penguat kuasa melakukan tinjauan di kawasan terbabit.
“Mereka cuma letak tanda harga ketika pegawai kementerian berpakaian seragam hadir untuk pemeriksaan tetapi apabila beredar, ia tidak dipamerkan,” katanya, menurut laporan Kosmo.
Operasi terbabit dijalankan bagi memastikan semua peniaga patuh kepada arahan dengan mempamerkan tanda harga pada setiap masa.
Pasar berkenaan menempatkan sebanyak 87 premis perniagaan dan dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
Azman berkata, pihaknya mendapati pematuhan peniaga mempamerkan tanda harga adalah sekitar 70%.
Ops Samar turut dijalankan di beberapa pasar awam sekitar Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor sejak beberapa hari lalu.