
Presidennya, Dr Subramaniam Muniandy berkata, MMA bimbang dengan kumpulan berisiko tinggi itu kerana ada lebih banyak varian mudah menular dalam negara ketika ini.
“Ratusan boleh dijangkiti jika mana-mana pekerja disahkan positif dengan varian Delta. Jika ini berlaku, hospital tidak mampu menampungnya,” katanya dalam kenyataan.
Subramaniam berkata, Putrajaya berjaya meningkatkan kadar vaksinasi, tetapi masih jauh ketinggalan dalam memberikan vaksin kepada pendatang tanpa dokumen.
Beliau menggesa kerajaan mengadakan libat urus dengan kedutaan asing serta NGO hak asasi manusia dalam usaha memvaksin kumpulan itu dan pendatang tanpa dokumen mesti diberikan jaminan mereka tidak akan ditahan.
Katanya, program pengampunan perlu dipertimbangkan supaya pekerja asing tanpa dokumen dan mejikan mereka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa.
“Sememangnya penguatkuasaan penting dalam isu kemasukan secara haram, tetapi kita dalam krisis, dengan usaha vaksinasi populasi lebih penting.”