Ketua Pemuda PH positif Covid-19

Ketua Pemuda PH positif Covid-19

Perkara itu dinyatakan beliau selepas mengalami demam panas dan sakit seluruh anggota badan.

Shazni Munir Mohd Ithnin turut memohon doa supaya beliau dan keluarga diberi kekuatan menghadapi ujian itu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir Mohd Ithnin dijangkiti Covid-19.

Perkara itu dinyatakan beliau selepas mengalami demam panas dan sakit seluruh anggota badan.

“Setelah demam panas dan sakit yang amat sangat di kepala dan seluruh anggota badan, dengan penuh dukacita saya disahkan positif Covid-19.

“Kini sedang menunggu arahan selanjutnya daripada PKD (pejabat kesihatan daerah),” katanya di Twitter.

Shazni turut memohon doa supaya beliau dan keluarga diberi kekuatan menghadapi ujian itu.

“Mohon doa rakan-rakan agar saya dan keluarga kuat menghadapi ujian sakit ini,” katanya yang juga ketua Pemuda Amanah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.