
Beliau meminta semua pihak mengambil iktibar daripada pertambahan kes dan kluster akibat tindakan merentas negeri ketika sambutan Aidilfitri, Mei lalu.
Ismail turut mengingatkan orang ramai tidak menggunakan lorong tikus untuk cuba pulang ke kampung.
“Kita boleh lepas daripada polis tapi mungkin tidak lepas daripada jangkitan Covid-19. Justeru, kita jaga kita, buat kawalan kendiri, tolong jangan rentas negeri dan daerah.
“Jika dah capai imuniti kelompok, mungkin kita dah boleh rentas negeri selepas itu, jadi sabar,” katanya menurut laporan Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai mesej tular rentas daerah dan negeri dibenarkan sempena Aidiladha selepas melawat pusat pemberian vaksin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, hari ini.
Susulan itu, Ismail turut mengingatkan merentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan dalam Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dan kebanyakan negeri kini masih berada dalam Fasa 2.
“Saya harap masyarakat ambil iktibar daripada kejadian Aidilfitri. Meskipun rentas negeri tidak dibenarkan masih ada yang ingkar sehingga kes memuncak,” katanya.