Penggal Dewan Rakyat bersambung September

Penggal Dewan Rakyat bersambung September

Mesyuarat pertama penggal keempat Dewan Rakyat akan bermula 6 Sept.

PETALING JAYA:
Penggal Dewan Rakyat akan bersambung pada September.

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, mengumumkan penggal keempat akan bermula dengan mesyuarat pertama pada 6 Sept.

Istiadat pembukaan akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong pada hari sama di Parlimen.

Kenyataan itu memaklumkan mesyuarat pertama akan bersidang selama 15 hari, dari 6 Sept hingga 30 Sept.

Ini diikuti dengan mesyuarat kedua selama 32 hari mulai 25 Okt hingga 16 Dis.

Menurut senarai aturan mesyuarat Dewan Rakyat di laman sesawang Parlimen, mesyuarat terakhir bagi penggal ketiga adalah mesyuarat ketiga yang berlangsung dari 2 Nov 2020 hingga 17 Dis 2020.

Sidang lima hari yang akan berlangsung di Dewan Rakyat pada 26 Julai ini adalah mesyuarat khas bawah penggal ketiga.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.