
Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas pelajar, ibu bapa serta tenaga pengajar untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dapat dijalankan tanpa gangguan.
Katanya, pelajar juga dibenarkan keluar atau masuk ke kawasan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan untuk menduduki peperiksaan.
“Dengan syarat mendapat kebenaran polis bagi tujuan mengambil peperiksaan, termasuk peperiksaan profesional,” katanya dalam kenyataan.
Perniagaan menjual dan membaiki komputer serta gajet lain tidak dibenarkan beroperasi sejak PKP penuh dilaksanakan mulai 1 Jun lalu kerana tidak dianggap sebagai perkhidmatan perlu.
Ini menyebabkan pengusaha bingung dan pelanggan kecewa, dengan ada yang mengadu mereka memerlukan peranti dibaiki atau diganti untuk bekerja atau belajar.