10 alami gejala selepas kes Covid-19 dikesan di Parlimen, kata laporan

10 alami gejala selepas kes Covid-19 dikesan di Parlimen, kata laporan

Media memetik seorang pegawai berkata lebih 10 orang mengalami gejala seperti batuk dan sakit tekak, beberapa hari sebelum Dewan Rakyat bersidang.

Dewan Rakyat dijadualkan bersidang untuk mesyuarat khas lima hari bermula 26 Julai.
PETALING JAYA:
Media melaporkan lebih 10 orang mengalami gejala batuk dan sakit tekak selepas kes positif Covid-19 dikesan di Parlimen, hanya beberapa hari sebelum mesyuarat khas Dewan Rakyat yang dinanti-nantikan bermula.

Menurut seorang pegawai Parlimen yang tidak mahu dinamakan, banyak orang menjadi kontak rapat kepada kes positif tersebut dan kebanyakan yang mengalami gejala melibatkan pengawal keselamatan.

Dewan Rakyat dijadualkan bersidang untuk suatu mesyuarat khas lima hari bermula 26 Julai bagi kerajaan menerangkan kepada Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan sidang hibrid diadakan.

“Saya tidak tahu bagaimana keadaannya jika ia tetap berlangsung dalam keadaan kes Covid-19 di Parlimen pun ada,” katanya kepada Utusan Malaysia.

FMT sedang mengesahkan perkara ini dengan pihak Parlimen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.