Nak masuk ‘kebun durian’, minta sendiri kebenaran, kata MB Pahang kepada Chong

Nak masuk ‘kebun durian’, minta sendiri kebenaran, kata MB Pahang kepada Chong

Wan Rosdy Wan Ismail berkata Setiausaha Agung MCA itu perlu mendapatkan sendiri kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).

Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Senator Ahmad Masrizal Muhamad di Wisma Sri Pahang, Kuantan, petang semalam yang turut disertai Chong Sin Woon.
PETALING JAYA:
Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon diminta mendapatkan sendiri kebenaran jika pekebun haram Musang King di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub, mahu memasuki kawasan operasi penguatkuasaan, kata Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, Chong perlu mendapatkan sendiri kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) jika pekebun haram itu mahu memasuki kawasan operasi bagi mendapatkan semula barangan milik mereka di dalamnya.

“Dalam pada itu pun, saya menerima permintaan daripada Datuk Chong (Sin Woon) agar pekebun-pekebun haram terbabit dibenarkan memasuki kawasan operasi untuk mendapatkan semula barangan milik mereka yang tertinggal di dalamnya.

“Kepada permintaan ini, saya telah meminta Datuk Chong mendapatkan sendiri kebenaran untuk pekebun terbabit berbuat demikian daripada Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu Wan Rosdy berkata, beliau menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Senator Ahmad Masrizal Muhamad di Wisma Sri Pahang, Kuantan, petang semalam yang turut disertai Chong.

Katanya, dalam kunjungan hormat itu, isu tberkaitan kerja-kerja penguatkuasaan dalam HSK Batu Talam khususnya membabitkan kawasan seluas 101.17 hektar meliputi kebun haram durian Musang King telah dibangkitkan.

Susulan itu, beliau menyatakan ketegasan konsisten kerajaan Pahang dalam kerja-kerja penguatkuasaan yang dilakukan tanpa mengira kaum atau kawasan atau daerah ia berlaku melibatkan pencerobohan tanah secara haram di negeri tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.