
Menteri Besarnya Aminuddin Harun berkata, persidangan pada 3 September itu akan dimulakan dengan titah perasmian oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Beliau berkata, ia kemudiannya diteruskan dengan perbahasan titah ucapan oleh ahli DUN selain beberapa rang undang-undang (RUU) yang dibawa pada persidangan kali ini.
“Persidangan DUN diadakan pada 3 hingga 8 September depan akan bermula dengan titah perasmian oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
“Selepas itu perbahasan titah ucapan baginda akan dilakukan selain beberapa RUU turut dibawa ke persidangan kali ini,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia menerusi sidang media secara maya hari ini.
Aminuddin sebelum ini dilaporkan memberitahu bahawa persidangan itu dijangka bermula pada minggu pertama Ogos selepas mendapat perkenan Tuanku Muhriz.
Terdahulu, beliau merasmikan Inisiatif Takaful Khairat Kematian untuk rakyat Negeri Sembilan yang layak tanpa mengira agama dan kaum.
Jelasnya, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta untuk caruman kepada kira-kira 34,562 orang ketua isi rumah seperti diluluskan dalam Belanjawan 2021.
Katanya, ia berdasarkan senarai e-Kasih Negeri Sembilan mulai 1 Ogos 2021 dan inisiatif takaful tersebut adalah untuk tempoh perlindungan selama 12 bulan.