291,217 dos suntikan vaksin Covid-19 diberi semalam

291,217 dos suntikan vaksin Covid-19 diberi semalam

Daripada jumlah pemberian dos harian itu, sebanyak 190,186 adalah dos pertama manakala 101,031 adalah dos kedua.

KUALA LUMPUR:
Sebanyak 291,217 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 11,366,710 dos.

Menerusi hantaran di Twitter hari ini, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memaklumkan, daripada jumlah pemberian dos harian itu, sebanyak 190,186 adalah dos pertama manakala 101,031 adalah dos kedua.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 63,043 orang, diikuti Sarawak (56,525), Kuala Lumpur (48,996), Perak (19,282) dan Johor (19,231).

Menurut Adham, setakat semalam jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 dos pertama ialah 7,840,034 dan dos kedua 3,526,676.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.