Suami lupa tinggal kunci, wanita bersama 27 kucing ‘terperangkap’ dalam rumah

Suami lupa tinggal kunci, wanita bersama 27 kucing ‘terperangkap’ dalam rumah

Wanita itu memaklumkan terpaksa memanggil bomba untuk membantunya keluar.

Bomba memotong kunci mangga di rumah mangsa. (Gambar Bomba)
PETALING JAYA:
Seorang wanita berusia 55 tahun terperangkap bersama 27 kucing selepas suaminya mengunci pintu pagar rumah dan membawa bersama kunci itu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Iszahwati Supardi, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 2.40 pagi tadi.

Katanya, wanita itu memaklumkan terpaksa memanggil bomba untuk membantunya keluar dan lapan anggota dengan dua jentera dikejarkan ke lokasi di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, Johor.

“Anggota bertindak memotong kunci mangga pintu menggunakan ‘bolt cutter’.

“Mangsa berjaya diselamatkan sebelum operasi diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.