Jalan Gasing Indah ditutup, 6 SJR dikekalkan di PJ

Jalan Gasing Indah ditutup, 6 SJR dikekalkan di PJ

Orang ramai boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Jalan Pantai sebagai jalan alternatif jika mempunyai keperluan mendesak.

Polis berkata penutupan jalan itu selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai larangan aktiviti rentas daerah dan negeri di kawasan yang dikenakan PKPD. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Jalan Gasing Indah, Petaling Jaya ditutup mulai tengah malam tadi berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di daerah Petaling.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam kenyataan berkata penutupan jalan itu selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai larangan aktiviti rentas daerah dan negeri di kawasan yang dikenakan PKPD.

Beliau berkata orang ramai boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Jalan Pantai sebagai jalan alternatif jika mempunyai keperluan mendesak.

Mohamad Fakhrudin berkata pihaknya juga mengekalkan enam sekatan jalan raya yang sedang dilaksanakan ketika ini iaitu di Plaza Tol Subang; Plaza Tol Sungai Buloh; Plaza Tol Kota Damansara; Plaza Tol Damansara; Lebuhraya Persekutuan dan Taman Kanagapuram.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.