
Anggota bomba yang bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan pada 5.20 petang tadi mendapati pasangan berusia 40-an itu terbaring di atas tanah dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pemeriksaan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa lelaki sudah meninggal dunia.
“Isterinya pula sedar namun amat lemah,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Jurucakap itu berkata, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis, manakala wanita berkenaan dihantar ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut.
Katanya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.