Elak berkumpul, lebih 10 lokasi pesta durian dalam ‘radar’ polis

Elak berkumpul, lebih 10 lokasi pesta durian dalam ‘radar’ polis

Setakat ini, belum ada sebarang kompaun dikeluarkan berkaitan kesalahan berkumpul makan durian, kata Ketua Polis Daerah Perak Tengah Barudin Wariso.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Barudin Wariso menasihatkan orang ramai tidak sesekali menyertai atau menganjurkan aktiviti pesta durian bagi mengelak dikenakan tindakan.
PETALING JAYA:
Lebih 10 lokasi di daerah Perak Tengah yang menjadi tumpuan pesta durian kini dalam “radar” polis.

Ini bagi mengelak sebarang aktiviti makan durian beramai-ramai memandangkan kawasan itu terkenal sebagai lokasi tumpuan penggemar durian sepanjang musim buah ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Barudin Wariso berkata, beberapa tempat yang kebiasaannya dijadikan lokasi makan durian terutama di Kampung Gajah, Parit dan Bota akan dipantau dari semasa ke semasa, lebih-lebih lagi pada hari cuti.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak sesekali menyertai atau menganjurkan aktiviti pesta durian bagi mengelak dikenakan tindakan.

Barudin Wariso.

Barudin berkata, setakat ini belum ada sebarang kompaun dikeluarkan berkaitan kesalahan berkumpul makan durian.

“Di dusun, tepi sungai dan lain-lain tempat yang kita kenal pasti akan dipantau membabitkan pemeriksaan dan rondaan lebih kerap,” katanya, menurut laporan Sinar Harian.

Terdahulu, beliau mengetuai Op Patuh yang dijalankan 11 pagi tadi melibatkan pemeriksaan di premis dalam sektor perkilangan, pengedaran dan peruncitan serta restoran dan kedai makan.

Barudin berkata, pemeriksaan turut disasarkan terhadap premis yang tidak mendapat kebenaran beroperasi kerana dikhuatiri mereka tetap menjalankan perniagaan secara sembunyi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.