AS turunkan Malaysia ke Tahap 3 kes pemerdagangan manusia

AS turunkan Malaysia ke Tahap 3 kes pemerdagangan manusia

Menurut laporan itu, Malaysia yang sebelum ini di Tahap 2 pada laporan tahun lalu, gagal memperbaikinya meskipun mempertimbangkan kesan pandemik Covid-19 terhadap keupayaan anti-pemerdagangan manusia.

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) berkata, Malaysia tidak melakukan usaha signifikan untuk mengatasi pemerdagangan manusia.
PETALING JAYA:
Menurut laporan tahunan berkaitan pemerdagangan manusia yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pagi ini, Malaysia diturunkan ke tahap terburuk disebabkan tidak memenuhi piawaian minimum untuk menghapuskan kegiatan itu dan tiada usaha signifikan melakukannya.

Menurut laporan itu, Malaysia yang sebelum ini di Tahap 2 pada laporan tahun lalu, gagal memperbaikinya meskipun mengambil kira kesan pandemik Covid-19 terhadap keupayaan langkah antipemerdagangan manusia.

“Sehubungan itu, Malaysia diturunkan ke Tahap 3. Walaupun tidak ada usaha yang signifikan, kerajaan mengambil beberapa langkah untuk menangani pemerdagangan manusia seperti menangkap dan menghukum mereka yang terlibat..

“Bagaimanapun kerajaan terus melakukan menggabungkan pemerdagangan manusia dan jenayah penyeludupan migran serta tidak menanganinya dari pelbagai sumber dakwaan mengenai memperdagangkan tenaga buruh, termasuk dalam industri pembuatan getah dan sektor kelapa sawit, dengan kerajaan memiliki 33% syarikat minyak sawit ketiga terbesar di dunia,” kata laporan yang dikeluarkan pada 1 pagi hari ini.

Tahap 3 ini mungkin akan mempengaruhi akses Malaysia untuk menerima beberapa bantuan AS dan setakat ini, Kementerian Dalam Negeri masih belum memberi ulasan mengenai laporan tersebut.

Malaysia menempatkan kira-kira dua juta pekerja asing berdokumen, manakala jumlah pendatang asing tanpa dokumen dikatakan jauh lebih tinggi mempunyai lebih dari 170,000 pelarian berdaftar dan pencari suaka, kebanyakan mereka adalah Rohingya dari Myanmar.

Tahun lalu, AS telah mengenakan larangan import ke atas tiga syarikat Malaysia, Top Glove Corp Bhd, Sime Darby Plantation dan FGV Holdings atas dakwaan menggunakan khidmat buruh paksa.

Pada April, Top Glove yang juga pembuat sarung tangan getah terkemuka berkata, mereka sudah memperbaiki lima petunjuk buruh paksa sementara menunggu pengesahan oleh firma perunding perdagangan beretika yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Impactt.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.