
Menteri Sumber Manusia, M Saravanan berkata aduan itu diterima melalui aplikasi Working For Workers (WFW) dan Selangor merekodkan jumlah aduan tertinggi setakat ini.
“Negeri yang merekodkan jumlah aduan tertinggi BDR adalah di Selangor dengan 696 aduan, diikuti Kuala Lumpur (505 aduan), Johor (196 aduan) dan Pulau Pinang (123 aduan),” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Saravanan berkata, 59 kompaun turut dikeluarkan sejak 1 Jun hingga semalam berkaitan ketidakpatuhan kapasiti kehadiran pekerja ke pejabat atau tempat kerja.
“Kompaun dikeluarkan oleh agensi penguatkuasaan di bawah KSM seperti Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),” katanya.
Saravanan turut mengingatkan majikan supaya mematuhi perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) yang akan dilaksanakan di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur bermula esok sehingga 16 Julai ini.
Katanya, majikan juga digesa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) khususnya berkait penetapan kapasiti kehadiran pekerja ke pejabat atau tempat kerja.
“Pekerja yang selain daripada perkhidmatan perlu, tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja di pejabat atau tempat kerja sepanjang tempoh ditetapkan.
“Oleh itu majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja bekerja dari rumah,” katanya.
Saravanan berkata, susulan pelaksanaan PKPD, kementerian akan mempergiatkan aktiviti penguatkuasan di bawah akta sedia ada.