
Bagaimanapun, peratusan golongan B40 bagi pencapaian itu meningkat kepada 74.76% atau 554 calon berbanding 73.19% (587 calon) pada 2019.
Ahli Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Prof Dr Wahid Razzaly berkata, secara keseluruhan, PNGK Nasional STPM 2020 meningkat 0.01% daripada 2.77 pada 2019 kepada 2.78.
“Daripada 741 calon yang mendapat PNGK 4.00, 23 calon mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran yang diambil dan 718 calon mendapat 4A dalam mata pelajaran yang diambil.
“Namun dari segi pencapaian calon secara keseluruhannya, pencapaian calon STPM 2020 dianggap masih sama dengan pencapaian calon STPM 2019 kerana perbezaan peningkatannya yang sangat kecil,” katanya ketika pengumuman keputusan STPM 2020 yang diadakan secara maya hari ini.