Polis terima 23 laporan dakwaan hina Pemangku Raja Pahang

Polis terima 23 laporan dakwaan hina Pemangku Raja Pahang

Sejak Ahad, tular di laman sosial tangkap layar ciapan akaun di Twitter yang memuat naik gambar Tengku Hassanal yang diedit bersama kenyataan jelik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Mohd Yusri Othman berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
KUANTAN:
Polis Pahang menerima 23 laporan berhubung dakwaan kenyataan menghina Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Sultan Abdullah yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Mohd Yusri Othman berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan juga kini dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman,” katanya ringkas semasa dihubungi di sini hari ini.

Sejak Ahad, tular di laman sosial tangkap layar ciapan akaun di Twitter yang memuat naik gambar Tengku Hassanal yang diedit bersama kenyataan jelik sehingga menimbulkan kemarahan netizen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.