Aksi 16 terakhir: Sepanyol singkir Croatia, Perancis gagal ke suku akhir

Aksi 16 terakhir: Sepanyol singkir Croatia, Perancis gagal ke suku akhir

Sepanyol menang 5-3 ke atas Croatia menerusi jaringan Alvaro Morata dan Mikel Oyarzabal pada masa tambahan, Switzerland singkir Perancis 5-4 menerusi penentuan penalti.

Penyerang Perancis Kylian Mbappe gagal menyempurnakan jaringan penalti penentuan selepas terikat 3-3 pada masa sebenar menentang Switzerland. (Gambar AP)
BUCHAREST:
Switzerland berjaya menyingkirkan juara dunia, Perancis menerusi penentuan penalti selepas menang 5-4 dalam saingan Euro 2020 sebentar tadi.

Penjaga gol Yann Sommer menafikan penalti penyerang Perancis Kylian Mbappe yang gagal menyempurnakan sepakan penalti penting itu.

Ia sekali gus menyaksikan pasukan kendalian Vladimir Petkovic itu bakal mara ke kelompok lapan terakhir untuk bertemu Sepanyol.

Kedua-dua pasukan itu terikat 3-3 pada masa sebenar.

Terdahulu dalam satu lagi perlawanan di Copanhagen, Sepanyol menempah tiket ke suku akhir selepas menang 5-3 ke atas Croatia di Stadium Parken.

Pasukan kendalian Luis Enrique dilihat mensia-siakan peluang pada minit terakhir masa sebenar, namun jaringan Alvaro Morata dan Mikel Oyarzabal pada tambahan masa setengah jam menyempurnakan kemenangan epik itu.

Sepanyol bakal menemui Switzerland di Saint Petersburg, Russia awal pagi Sabtu (waktu Malaysia).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.