Shuhaily Ketua Polis P Pinang baharu

Shuhaily Ketua Polis P Pinang baharu

Beliau menggantikan Sahabudin Abd Manan yang menjawat jawatan baharu sebagai Pengarah Logistik dan Teknologi Bukit Aman.

Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik sebagai ketua polis Pulau Pinang yang baharu berkuatkuasa 1 Julai ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan Bukit Aman, Shuhaily manggantikan Sahabudin Abd Manan yang bertukar ke jawatan baharu sebagai pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman.

Sahabudin sebelum ini dilantik sebagai ketua polis Pulau Pinang pada 3 Mac 2020 menggantikan T Narenasagaran yang bersara wajib.

Sebelum dilantik ke jawatan itu, Sahabudin adalah timbalan pengarah 1 Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.