
Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan, berkata ia penting bagi memastikan kelangsungan ekonomi dan survival anak seni yang sangat terkesan akibat pandemik Covid-19.
“Sememangnya setiap industri perlu waspada agar tidak terkena jangkitan virus tetapi tidak semestinya tidak benarkan operasi.
“Sekiranya semua ahli industri mematuhi SOP yang digariskan kerajaan, maka kegiatan seni tidaklah boleh dikatakan aktiviti yang menimbulkan jangkitan Covid-19,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk “PKP 3.0: Survival Anak Seni” yang disiarkan secara langsung melalui Bernama TV malam ini.
Dalam hal ini, Shamsuddin berkata kerajaan atau Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) perlu mengeluarkan SOP jelas agar anak seni boleh bergiat semula dan menjana ekonomi masing-masing.
Pada masa sama beliau memohon agar anak seni yang terlibat dapat diberikan suntikan vaksin secepat mungkin.