
Peguamnya, Rajsurian Pillai berkata, hakim hanya membenarkan reman satu hari walaupun polis meminta empat hari.
Prosiding dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
“Aiman Hakim akan dibebaskan hari ini sebelum 6 petang,” kata Rajsurian kepada wartawan.
Aiman, 27, ditahan pada 1 tengah hari semalam selepas hadir di IPD Dang Wangi bersama peguamnya untuk diambil keterangan.
Rajsurian berkata, telefon anak guamnya dirampas bagi tujuan “analisis forensik” untuk menentukan siapa sebenarnya di sebalik catatan di Twitter itu dan bila ia dihantar.
“Nama pengguna dan kata laluan Twitternya juga diberikan kepada pegawai penyiasat untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi siasatan lanjut.”
Tambahnya, kes itu disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang berkaitan dengan penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.